Breaking News

23 Okt 2013

GEMPAR!!! Pegawai AmBank Maut Ditembak Semasa Rompakan Bank [SAKSIKAN...]

GEMPAR!!! Pegawai Bank Maut Ditembak Semasa Rompakan Bank [SAKSIKAN...]

SUBANG JAYA: Seorang pekerja bank wanita berusia 37 tahun maut akibat terkena tembakan di kepala yang dilepaskan pengawal keselamatan yang merompak bank berkenaan di USJ Sentral di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 6.18 petang itu, suspek berusia 37 tahun yang berkhidmat di bank sama dikatakan melepaskan tembakan yang terkena kepala mangsa ketika mereka bergelut sejurus selepas membuka pintu peti kebal di bank berkenaan.

Menurut sumber, mangsa dikatakan mati serta merta di tempat kejadian manakala pengawal keselamatan terbabit melarikan sebuah beg yang mengandungi sejumlah wang yang masih belum dikenal pasti jumlahnya.

Suspek dikatakan berasal dari Sabah itu melarikan diri menggunakan motosikalnya dan polis sedang menjalankan operasi mencarinya termasuk mengesan di alamat kediaman pengawal keselamatan itu berdasarkan rekod kerjanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chuan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Hingga jam 9 malam ini, polis masih belum berhasil memberkas pengawal keselamatan terbabit dan gerakan mengesan suspek diteruskan. - Metro

2 ulasan:

  1. buang gambar arwah. Kasihan dan hormati ahli keluarga tengok gambar ini. Alfatihah

    BalasPadam
  2. Fakta berita kau tak tepat.Cuba tengok rakaman video cctv,tak ada pergelutan berlaku.Mangsa ditembak daripada jarak kurang 5 meter.Sila beretika semasa menulis & menyampaikan berita.Ia boleh mengelirukan orang ramai.

    BalasPadam

Designed By