Home » » [GAMBAR] Dua Budak Lemas Jatuh Dalam Sungai [BACALAH...]

[GAMBAR] Dua Budak Lemas Jatuh Dalam Sungai [BACALAH...]

[GAMBAR] Dua Budak Lemas Jatuh Dalam Sungai [BACALAH...]

SEREMBAN - Dua daripada lima kanak-kanak maut dipercayai lemas ketika mereka sedang asyik bermain dan memancing di sebuah sungai di Kampung Panchor, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa, Mohd Amirul Safwan, 11, dan Mohd Haris Nor Hafiz, 10, ditemui di bawah jambatan oleh sekumpulan lelaki yang sedang berjoging.

Menurut saksi yang dikenali sebagai Mohd Fikri Roslan, 20, sewaktu kejadian, dia dan dua lagi rakannya sedang berjoging sebelum terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak sedang bermain di tepi sungai berkenaan.

“Semasa saya nampak budak-budak ini, saya tanya kepada mereka buat apa di sini. Mereka menjawab sedang memancing sambil bermain-main dengan lima orang rakannya.

“Namun, yang kelihatan hanya tiga orang sahaja, Yang lain, menurut salah seorang daripada mereka ada di bawah. Tapi, setelah dipanggil beberapa kali, tiada jawapan daripada mereka.

"Ketika itu saya tidak sedap hati lalu turun ke dalam sungai di situ untuk mencari mereka, sebelum terpijak badan salah seorang kanak-kanak itu,” katanya.

Menurutnya, kira-kira dua langkah kemudian dia menemui mayat seorang lagi kanak-kanak tersebut yang tidak bernyawa lagi.

Katanya, dia cuba memberi bantuan CPR namun gagal, sebelum mereka ini dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini sebelum disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, Mohd Haris baru sahaja menyambut hari lahir yang ke-10, Isnin lalu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, N.Sundarum berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada 6.27 petang.

Beliau berkata, seramai enam anggota penyelamat, termasuk unit skuba bomba, dikejar ke lokasi kejadian, bagaimanapun kedua-dua mangsa sudah dijumpai orang ramai dan dihantar ke hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu mengesahkan kejadian.

Menurutnya, kanak-kanak itu dipercayai lemas akibat terjatuh dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
- SH.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : TRIBUMAX™ | Telecomunication | Resipi Masakan
Copyright © 2013 - 2014 IniKalilah™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger